Asal atau asas kepada kepercayaan dan pegangan (faith) adalah akidah. Akidah datang dari perkataan aqad (ikatan/kontrak) yang membawa maksud bahawa bilamana kita mempercayai sesuatu, kita telah membuat satu perjanjian atau pengsaksian terhadap sesuatu itu.
Jadi akidah adalah ikatan kepercayaan kita ke atas sesuatu. Kita boleh sahaja berakidah kepada apa sahaja. Orang kristian berakidah kepada trinity. Orang athiest berakidah kepada akalnya. Orang yahudi berakidah kepada keturunannya.
Maka apa akidah umat Islam?
Rubbubiyah
Rubbubiyah adalah akidah semua manusia. Rubbubiyah dari perkataan Rab yakni satu kepercayaan bahawa terdapat satu entiti yang lebih berkuasa dan lebih tinggi dari manusia. Sepanjang sejarah hidup tamadun manusia mereka percaya akan kewujudan entiti ini. Dari semua benua, semua zaman, semua lapisan tamadun dan bangsa akan mempercayai akan adanya satu entiti yang lebih berkuasa dari mereka. Manusia secara fitrahnya (naturalnya) akan mempercayai akan kewujudan sesuatu entiti yang lebih besar dan berkuasa dari mereka dan akidah ini di namakan sebagai akidah Rubbubiyah atau kepecayaan kepada sesuatu entiti yang berkuasa.
Walaupun dia tidak mempercayai kewujudan Tuhan seperti kata seorang sufi, cuba campakkan dia ditengah lautan yang dalam atau di tengah gurun yang kontang seorang diri dalam keadaan tiada air dan makanan, pasti dia berdoa agar sesuatu membantunya.
Tauhid Rubbubiyah
Tauhid (dari perkataan ahad) bermaksud mengesakan atau mengatakan bahawa dalam banyak-banyak kepercayaan ini hanya ada satu sahaja kuasa sebenar yakni Allah swt. Ini dipanggil mengesakan Rubbubiyah tadi.
Ramai orang beranggapan matahari, bintang, bulan, patung, gunung, hutan, laut dll berkuasa kerana ia lebih besar dari mereka. Tetapi tauhid Rubbubiyah menyatukan kefahaman ini kepada satu - Allah itu lah satu-satunya entiti yang lebih berkuasa dari segala-galanya.
Dan AKIDAH kita mempercayai TAUHID RUBBUBIYAH ini.
Ulluhiyah
Dalam mempercayai sesuatu itu lebih berkuasa, maka manusia-manusia ini tanpa panduan yang betul mula menyembah perkara yang lebih berkuasa ini. Ada yang menyembah bulan, bintang, langit, gunung, matahari dll. Ada yang menyerahkan kepada paderi, rahib, sami mereka menyatakan apa yang objek-objek tersebut mahukan termasuklah membuat korban manusia dll.
Tauhid Ulluhiyah
Tauhid Ulluhiyah ialah mengesakan Ulluhiyah tadi tidak lain hanyalah kepada yang satu yakni kepada Allah swt. Tidak ada sembahan, kepatuhan, kebencian dan kecintaan melainkan Dia. Penyembahan hanya kepadaNya.
Rasul
Tetapi, sepertimana yang disebutkan sebelum ini mengenai ad deen dan Syariah, secara nalurinya manusa mempercayai bahawa sememangnya ada sesuatu entiti yang lebih berkuasa dari mereka. Tetapi bagaimana kta hendak tahu siapa Dia? Bagaimana menyembahNya?
Maka pada setiap kaum, dan zaman Allah turunkan para rasul dan nabi sehinggalah kepada penutup segala nabi yakni Muhammad saw.
Mereka inilah yang bertanggungjawab memberikan kepada kita satu "manual" untuk tujuan ulluhiyah (peyembahan) tadi. Mereka menyatakan kepada siapa penyembahan, bagaimana dan atas tujuan apa.
Merekalah yang memberikan kita penjelasan kepada 3 soalan falsafah:
1. Dari mana kita datang?
2. Apa kita buat di sini (dunia)?
3. kemana kita selepas ini?
Kalau kita perhatikan pada setiap kaum kepercayaan mereka sama sahaja. Malah orang hindu sendiri mempercayai bahawa terdapat satu kuasa yang tidak dapat dilihat yang mereka sembah. Cuma mereka tidak sampai ke tahap boleh menyembah kuasa tersebut secara terus maka mereka mencipta patung sebagai "perantara"
Orang kristian juga mempercayai keesaan Tuhan. Tuhan itu satu dan tidak nampak. Cuma mereka terkeliru di antara satu dan trinity.
Begitu juga dengan kaum red Indian. Mereka mempercayai bahawa ada "guiding spirit" yang tidak nampak memberikan mereka panduan kepada mereka yang dinamakan sebagai Allegany.
Malah di south Afrika, di kalangan orang Zulu, satu kaum yang primitif telah memberikan nama Tuhan mereka dengan gelaran - uMVELINQANGI. Sekiranya dengan sebutan betul (bahasa afrika) bunya kepada sebutan tadi hampir sama dengan perkataan Walla-hu-gani, yang bermaksud Allah itu Maha Kaya.
sekiranya di tanya kepada orang Zulu apakah uMVELINQANGI, jawab mereka:
HAWU UMNIMZANI! UYENA, UMOYA OINGCWELE. AKAZALI YENA, FUTHI AKAZALWANGA; FUTHI, AKUKHO LUTMO OLU FANA NAYE."
Menurut Ahmad Deedat (seorang pendakwah South afrika) ia membawa maksud yang hampir sama dengan surah al ikhlas: (ruj What is His Name Ahmed Deedat)
"Tuan, ianya suci dan satu roh yang mulia. Dia tidak beranak dan tidak diberanakkan dan lebih-lebih lagi tidak ada satu sepertinya."
"Katakan Allah itu Satu. Allah itu as Samad (kekal). Tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada sesuatu sepertinya" (surah al Ikhlas)
Kita kena ingat bahawa Islam tidak sampai kepada orang zulu sehingga masa kini. Jadi bagaimana konsep akidah mereka sama seperti kita? Mestilah kerana entiti yang menghantar utusan kepada mereka untuk mengkhabarkan cerita ini, adalah entiti yang sama menghantar rasul kepada kita.
asma' wa sifah
asma' adalah nama-nama dan sifat-sifat Allah yang 99.
Illah
Dari sini kita jelas bahawa akidah umat manusia sebenarnya mempercayai Allah itu satu dan tidak ada selain darinya. Dari konsep-konsep ini kita mempercayai akan syahadatin kita:
"Aku bersaksi bahawa tidak ada illah yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"
Illah tidak sekadar membawa maksud patung atau berhala yang disembah. Ia lebih luas dari itu. Kalau duit, perempuan, harta, pangkat, kuasa dll itu tempat kita letakkan harapan, kebencian dan kecintaan kita melebihi segala-galanya maka itulah Illah kita.
Maka bila kita berkata Allah itu adalah Illah kita, maka gugurlah yang lain itu dari hati kita.
Sebagaimana kata seorang bijak pandai: Zuhud itu bukan bermaksud kamu menjadi miskin atau membuang dunia, tetapi ia membawa maksud kamu meletakkan dunia itu ditangan kamu bukan di hati kamu. (yakni di hati kamu hanya ada Allah swt dan sekiranya ada pertentangan di antara Allah dan dunia, senang sahaja kita melepaskkan dunia tanpa berasa bersalah dan tertekan)
sedikit dari saya. Kalau ada tersilap, atau terkurang tolong betul dan tambah. Ini semua dari ingatan saya.
No comments:
Post a Comment