Thursday, November 12, 2009

Asas-asas Islam - Adden dan Syariah








Soalan:

Ada beberapa persoalan....

Syahadah- mengesakan allah.....sama semua nabi kan?

Ibadah cam puasa mmg ada dalam ajaran nabi terdahulu...tetapi mungkin kaifiatnya berbeza.....(ada dalam ayat Quran)

Solat pun ada rasanya.....tapi Umat nabi muhamamd wajib 5 waktu sahaja kan?( base pada peritiwa israk mikraj)

Ibadah korban...dalam zaman nabi adam lg sudah ada perintah korban....(kisah habil dan Qabil)

Ibadah haji juga kan? bermula zaman nabi adam atau zaman nabi ibrahim dan ismail?

Zakat pula camne?


Soalan seterusnya sewaktu diutuskan nabi Isa ada solat tak? Kalau ada, ada beza tak dgn solat penganut kristian sekarang?

Jawapan
Salam;

Kalau kita nak rungkai satu persatu tentang ibdah orang terdahulu dan sekarang, kita kena buat satu buku baru. Panjang dan banyak yang kita boleh share. Tetapi, let me just share with all of us here, the basic foundation of Islam itself.

Di antara Deen dan Syariah

Selalu kita mendengar perkataan "deen" dan "syariah" tetapi kebanyakan dari kita tidak memahami, salah memahami atau kurang memahami maksud kedua-duanya. Persoalan Anis02 banyak berkisar di antara 2 perkara ini apa bila menyentuh Deen dan Syariah nabi-nabi terdahulu dan nabi muhammad saw.


Apakah Deen?

Deen mempunyai 3 definisi:

Pertama: kehormatan, kerajaan, empayar, kerajaan dan pemerintahan.
Kedua: Sesuatu yang berlawanan dengan yang pertama yakni - ketaatan, penghambaan dan penyembahan
Ketiga - Memberikan kehakiman dan memberikan hukuman dan anugerah terhadap perbuatan seseorang.

Perkataan deen telah digunakan di dalam al Quran dengan ketiga-tiga penggunaan ini. (ruj Syed Abu a'la al Maududi - Let Us be Muslim)

"sesungguhnya Deen di sisi Allah ialah Islam" (3:19)

Jadi kesimpulan di sini deen adalah penyembahan, penyerahan, pengakuan dan pengagungan keTuhanan adalah hak milik mutlak Allah swt dan Allah swt sahaja tanpa Dia mempunyai teman, pasangan ataupun sesuatu yang lebih lagi darinya.


Apakah syariah?

Syariah adalah kaedah, mode atau jalan. Apabila kita telah menerima bahawa Tuhan itu wujud dan wajib kita menghambakan diri kepadaNya, ini bermakna kita telah masuk ke dalam Deen.

Tetapi masuk ke dalam deen sahaja tidak cukup. Kita mestilah ada kaedah untuk menyatakan bahawa kita ini adalah hambanya. Maka kaedah atau jalan ini di namakan syariah.

Ia seperti kita mempunyai kereta. Memiliki kereta adalah satu perkara. Memandu kereta adalah kaedah untuk kita menggerakkan kereta tersebut.

Kaedah penyembahan ini boleh jadi umum boleh jadi khusus. Maka bila manusia lahir, dia tidak tahu secara semulajadi bagaimana menyembah Allah swt walaupun secara nalurinya manusia sememangnya mencari kuasa yang lebih tinggi darinya. Maka Allah turunkan para nabi untuk mengajarkan kaedah tersebut.

Ia seperti contoh kereta tadi. Semua orang boleh memiliki kereta (beli, pinjam, curi dll) tetapi, tidak semua akan tahu menggunakannya tanpa ada orang yang betul dan bertauliah mengajarkannya.

Deen dan syariah sepanjang hidup umat manusia

Tetapi kita kena faham satu perkara. Allah menurunkan setiap nabi dan rasul untuk satu tujuan - memberitakan kepada kita tentang kewujudan Allah swt. Sebab itu mereka di panggil Utusan Allah. Ini di namakan pemberitaan tentang Deen.

Pemberitaan tentang deen ini akan sentiasa sama sahaja sepanjang nabi dan rasul. Dari Adam sehinggalah ke Nabi Muhammad saw. Kita bacalah kitab taurah, injil atau al Quran. Setiap nabi menyatakan agar menyembah Allah swt dan Allah swt sahaja dan ini adalah BERSIFAT TETAP

Namun begitu, Syariah mempunyai sifat yang fleksible dan berubah-rubah mengikut para nabi. Yang membezakan nabi dan rasul sebenarnya ialah para nabi yang bukan rasul membawa ajaran, risalah dan syariah rasul terdahulu. Rasul pula ialah mereka yang mempunyai syariat tersendiri.

Kenapa jadi begini? Adakah Allah perlu merubah-rubah agama ini? Kalau Allah bijak kenapa perlu menukar-nukar di antara manusia?

Persoalan ini sebenarnya memberikan kita gambaran kebijaksanaan Allah swt. Manusia ini adalah hambaNya yang diciptakan oleh Allah swt. Maka Dia memahami keperluan dan kehendak umat manusia. Dia mengetahui tahap kebolehan dan kemampuan sesuatu kaum dan bangsa itu.

Syariah adalah sebahagian dari deen, tetapi deen itu bukanlah syariah sepenuhnya seperti yang dijelaskan sebelum ini.

Perubahan syariah adalah kerana Allah meraikan kepelbagaian evolusi manusia, tahap kebijaksanaan dan tahap interaksi dan globalisasi manusia.

Manusia pada zaman nabi Adam sehingga ke zaman nabi Isa adalah manusia yang masih hidup berkelompok. Walaupun pada kaum bani Israel sendiri. Maka syariatnya sesuai dengan keadaan zaman dan kaum pada masa tersebut.

Syariat juga berevolusi mengikut kaum. Habil dan qabil di ajarkan secara mudah bagaimana mengebumikan mayat saudaranya. Bila tiba kepada nabi yang lain, syariat mengebumikan tadi berevolusi. Begitu juga halnya dengan syariat-syariat yang lain. Ada yang di tambah, di kekalkan dan ada yang di mansuhkan.

Namun begitu, sifat manusia pada selepas nabi muhammad saw adalah manusia yang sudah dan sedang menghadapi dunia globalisasi. Maka syariat dan perundangannnya sesuai dengan kaum, zaman dan tempat pada masa kini.

Maka pada zaman nabi muhammad saw, tidak ada nabi selain nabi muhammad saw dan mesej yang di bawanya bersifat global dan mampu menyentuh seluruh lapisan manusia di mana-mana sahaja mereka berada.

Kita ambil contoh mudah kita sekarang. Peraturan syariah kewangan Islam bukan sahaja boleh di aplikasikan di Malaysia dan dunia arab, malah negara eropah sekarang ini sedang meninjau berkemungkinan untuk berubah kepada Islamic finance ekoran kepada keruntuhan sistem kewangan dunia yang berlaku baru-baru ini.

Menjawab persoalan

Menjawab persoalan di atas, perbezaan syariah di kalangan umat manusia adalah kerana Allah mengetahui keperluan dan kemahuan sesuatu bangsa. Mungkin ada sesetengah syariah tersebut tidak masuk akal bagi kita, tetapi itu kita, bukan mereka. Perbezaan mereka dari aspek mode, kaedah atau perlaksanaan syariah tetapi Deen yakni objektif penyembahan mereka adalah sama.

wallahualam
tj

1 comment: