Islam ini terbahagi dan dapat dilihat dari dua aspek asas. Pertama ialah perkara yang usul, dan kedua adalah perkara yang cabang (furuq).
Umat Islam tidak akan bercanggah dalam perkara yang usul. Tetapi akan ada perbincangan dan percanggahan dalam perkara cabang. Kenapa? Inilah kecantikan Islam
Perkara usul adalah prinsip yang tidak berubah dan bersifat tetap. Prinsip ini yang akan menjamin Islam ini akan sentiasa authentic dan selamat dari sebarang cubaan untuk mengubahnya kepada bentuk lain. Umpamanya ajaran agama kristian asalnya mengatakan bahawa Allah itu satu. tetapi bila timbulnya golongan yang mengubah prinsip menjadi tuhan 1 kepada 3 wajah, maka jadilah konsep trinity. Ini perbezaan prinsip.
Prinsp dalam Islam adalah akidah dan beberapa perkara lain.
Tetapi dalam perkara cabang, banyak perbezaan pendapat kerana Islam ini dalam hal ini diturunkan oleh Allah swt untuk semua umat tidak mengira bangsa, jantina, kedudukan geografi, zaman dan tempat.
Jadi satu tempat mungkin berbeza keadaan dan realitinya berbanding tempat yang lain. Jadi perbezaan pendapat dalam hal ini dibolehkan selagi mana ia di dalam kerangka syariah.
Syarak mempunyai kerangka ataupun range dia sendiri. jadi sebarang fatwa atau keputusan selagi dalam range tersebut adalah sah walaupun nampak berbeza dalam satu keadaan kepada satu keadaan yang lain.
Contoh dalam pemanduan katakan range dibolehkan seseorang itu memandu di lebuh raya utara selatan ialah dari 60-110km sejam. Katakan si A memilih memandu di lane paling perlahan di sebelah kiri pada kelajuan 60 km, si B memilih lane tengah pada 80km dan si C memilih lane paling kanan pada 110km. Ini adlah sah. Kita tidak boleh menyalahkah mana-mana pihak kerana masing-masing telah memandu dalam kerangka atau range yang dibenarkan.
Sama juga dalam Islam. Ada perkara yang ulama berpendapat sebegini, tetapi pendapat ulama sebegitu dan kedua-duanya mungkin betul dan salah seorangnya mungkin salah atau kedua-duanya mungkin salah. Ini adalah pendapat di dalam range yang dibenarkan. Contohnya, katakan si C telah memilih untuk memandu 110km di lane tengah. adakah ia salah? TIDAK mungkin kerana pada masa itu tidak ada kenderaan perlahan di lane tengah dan membolehkannya mandu pada kelajuan tersebut.
Katakan si A memilih untuk memandu pada kelajuan 60km pada lane paling kanan? adakah salah? Kebanyakan kita akan kata salah. Tetapi, ia sebenarnya bergantung. katakan pada lane kanan sekali tidak ada satu pun kenderaan yang laju, maka A dalam kedudukan tersebut adalah betul. Tetapi kalau sampai menyebabkan kesesakan dan orang marah, maka pilihan A utk memandu pada lane kanan dalam kelajuan tersebut adalah salah.
Inilah perbezaan2 yang kita dapati pening kepala tetapi sebenarnya kalau ktia fahami konsep ini, bukanlah sesuatu yang pelik.
Tetapi, ada prinsip yang sememangnya umat Islam tidak boleh bercanggah. CONTOHNYA rasullulah saw adalah nabi dan rasul terakhir dan tidak ada nabi dan rasul selepasnya. Maka ini adalah dasar dan prinsip. Tidak ada nabi dan rasul selepas nabi muhammad saw. Maka sesiapa yang mengaku menjadi nabi selepas baginda, adalah sesat dan kafir.
tj
No comments:
Post a Comment