Tuesday, September 15, 2009

Memahami secara ringkat perkara prinsip dan cabang dalam Islam


Islam ini terbahagi dan dapat dilihat dari dua aspek asas. Pertama ialah perkara yang usul, dan kedua adalah perkara yang cabang (furuq).

Umat Islam tidak akan bercanggah dalam perkara yang usul. Tetapi akan ada perbincangan dan percanggahan dalam perkara cabang. Kenapa? Inilah kecantikan Islam

Perkara usul adalah prinsip yang tidak berubah dan bersifat tetap. Prinsip ini yang akan menjamin Islam ini akan sentiasa authentic dan selamat dari sebarang cubaan untuk mengubahnya kepada bentuk lain. Umpamanya ajaran agama kristian asalnya mengatakan bahawa Allah itu satu. tetapi bila timbulnya golongan yang mengubah prinsip menjadi tuhan 1 kepada 3 wajah, maka jadilah konsep trinity. Ini perbezaan prinsip.

Prinsp dalam Islam adalah akidah dan beberapa perkara lain.

Tetapi dalam perkara cabang, banyak perbezaan pendapat kerana Islam ini dalam hal ini diturunkan oleh Allah swt untuk semua umat tidak mengira bangsa, jantina, kedudukan geografi, zaman dan tempat.

Jadi satu tempat mungkin berbeza keadaan dan realitinya berbanding tempat yang lain. Jadi perbezaan pendapat dalam hal ini dibolehkan selagi mana ia di dalam kerangka syariah.

Syarak mempunyai kerangka ataupun range dia sendiri. jadi sebarang fatwa atau keputusan selagi dalam range tersebut adalah sah walaupun nampak berbeza dalam satu keadaan kepada satu keadaan yang lain.

Contoh dalam pemanduan katakan range dibolehkan seseorang itu memandu di lebuh raya utara selatan ialah dari 60-110km sejam. Katakan si A memilih memandu di lane paling perlahan di sebelah kiri pada kelajuan 60 km, si B memilih lane tengah pada 80km dan si C memilih lane paling kanan pada 110km. Ini adlah sah. Kita tidak boleh menyalahkah mana-mana pihak kerana masing-masing telah memandu dalam kerangka atau range yang dibenarkan.

Sama juga dalam Islam. Ada perkara yang ulama berpendapat sebegini, tetapi pendapat ulama sebegitu dan kedua-duanya mungkin betul dan salah seorangnya mungkin salah atau kedua-duanya mungkin salah. Ini adalah pendapat di dalam range yang dibenarkan. Contohnya, katakan si C telah memilih untuk memandu 110km di lane tengah. adakah ia salah? TIDAK mungkin kerana pada masa itu tidak ada kenderaan perlahan di lane tengah dan membolehkannya mandu pada kelajuan tersebut.

Katakan si A memilih untuk memandu pada kelajuan 60km pada lane paling kanan? adakah salah? Kebanyakan kita akan kata salah. Tetapi, ia sebenarnya bergantung. katakan pada lane kanan sekali tidak ada satu pun kenderaan yang laju, maka A dalam kedudukan tersebut adalah betul. Tetapi kalau sampai menyebabkan kesesakan dan orang marah, maka pilihan A utk memandu pada lane kanan dalam kelajuan tersebut adalah salah.

Inilah perbezaan2 yang kita dapati pening kepala tetapi sebenarnya kalau ktia fahami konsep ini, bukanlah sesuatu yang pelik.

Tetapi, ada prinsip yang sememangnya umat Islam tidak boleh bercanggah. CONTOHNYA rasullulah saw adalah nabi dan rasul terakhir dan tidak ada nabi dan rasul selepasnya. Maka ini adalah dasar dan prinsip. Tidak ada nabi dan rasul selepas nabi muhammad saw. Maka sesiapa yang mengaku menjadi nabi selepas baginda, adalah sesat dan kafir.

tj

Wednesday, September 9, 2009

Syarah Penulisan Mustafa Masyur “Persoalan Jamaah dan Komitmen” dan Pesanan Untuk mereka yang Mufaraqah (keluar) dari Jamaah.



Syarah Penulisan Mustafa Masyur “Persoalan Jamaah dan Komitmen” dan Pesanan Untuk mereka yang Mufaraqah (keluar) dari Jamaah.

Urgensi Jamaah

Ustaz Mustafa Masyur menyebut bahawa adalah menjadi mustahil bagi umat Islam yang melakukan dakwh mencapai tujuan dakwah sekiranya dilakukan sedirian (fardi). Maka dari sini, secara logiknya satu organisasi atau jamaah diperlukan dan kerja hendaklah dilakukan secara jamaie.

Ustaz Mustafa menyebut: “Jamaah tidak mungkin ada tanpa adanya kepimpinan (qiyadah). Tidak ada ertinya qiyadah tanpa adanya hal didengar dan ditaati oleh para anggota jamaah. Sedangkan keteraturan anggota dalam jamaah tidak akan wujud tanpa adanya ikatan dan komitmen yang wajib ditaati dan dilaksanakan.”

Ketaatan ini juga menjadi satu intipati rukun baiah mereka yang menyelusuri jalan dakwah Ikhwan Muslimin ini. Malah ketaatan ini ditunjukkan oleh para sahabat sendiri sehingga mereka mendahulukan ketaatan daripada aspek kemenangan dalam peperangan sepertimana yang berlaku kepada Khalid al Walid.

Namun begitu, ustaz Mustafa menyebut mengenai dalam keperluan jamaah ini, akan ada kelompok yang menyeleweng dari jamaah dan kepimpinan. Kemungkinan ini berlaku dalam beberapa bentuk dan penulisan ini akan menyentuh mengenai penyelewengan yang releven dengan apa yang berlaku kini di Malaysia.

i) Pecahan dalam jamaah

Ustaz Mustafa menyebut bahawa wujud blok-blok atau pecahan dalam jamaah bertujuan untuk melemahkan jamaah. Apa yang lebih teruk lagi, mereka ini berkonspirasi bagi menggulingkan jamaah dan “membentuk semacam jamaah tandingan atau tanzim tersendiri yang berotonomi penuh di dalam tanzim umum jamaah”

Golongan seperti ini sekarang ini sudah mulai nyata di dalam kelompoh jamaah kita kini apabila ada dikalangan pecahan atau kutlah ini telah menyeru jamaah agar mengikut pandangan mereka. Malah mereka telah melangkah setapak lagi dengan mengenakan tekanan ke atas jamaah. Ustaz Mustafa menyebut mengenai golongan ini akan mengugut keluar dari barisan jamaah sekiranya pendapat mereka tidak diterima.

Ini adalah satu tindakan yang menyalahi adab jamaah dan adab syura. Seorang ahli jamaah yang telah lama mengikut tarbiyah seharusnya sudah sebati dengan erti kepatuhan dalam mentaatai perintah syura dah qiyadah.

Apa yang berlaku kini adalah sebaliknya. Jamaah telah diugut sehinggalah jamaah dan syura mengikut pendapat mereka.

ii) Bergantung kepada individu lebih kuat

Ini merupakan satu lagi ciri golongan yang menyeleweng. Mereka lebih banyak “bergantung kepada peribadi tertentu berbanding dengan jamaah dan pimpinan jamaah.” Walhal kita telah diajarkan bahawa Islam itu tertegak di atas dasar hujaah bukan syakhsiah.

Ini merupakan antara faktor terbesar penyumbang kepada perpecahan yang berlaku kini apabila golongan pecahan ini lebih banyak menonjolkan syahksi “ustaz” atau “syeikh” berbanding dengan hujaah akan wajibnya mentaati pimpinan dan juga menepati baiah yang telah diberikan.

iii) Menimbulkan perselisihan

Perselisihan di dalam jamaah adalah apa yang dimahukan oleh iblis dan syaitan dan perpaduan adalah sebenar-benar perkara yang ditutunt di dalam Islam. Perpaduan ini hanya akan dapat dikecapi apabila kita mentaati Allah, rasulNya dan pemimpin yang terpilih. Ustaz Mustafa menyebut: “dengan mentaati Allah dan rasulNya akan terwujud istiqomah, persatuan dan kemenangan, sebaliknya mentaat syaitan akan menyebabkan perpecahan dan kegagalan di antara kita (jamaah).

Pesan Ustaz Mustafa: “Setiap anggota jamaah hendaknya menjaga dan melindungi persatuan saf. Menghindari setiap kata atau tindakan yang tepat yang dapat menimbulkan pepecahan atau tindakan yang dapat menimbulkan perpecahan dan pertikaian. “

Bagaimana golongan yang kini telah mengengkari jamaah dan pimpinan mengaku diri mereka masih lagi berada dihujah yang benar sedangkan mereka sendiri telah memencilkan diri dan menimbul perpecahan di dalam jamaah.

iv) Keluar dari Jamaah

Terdapat dikalangan mereka yang telah mengeluarkan diri dari jamaah paling utamanya kerana kepentingan peribadi mereka. Ustaz Mustafa menyebut: “Memisahkan diri dan keluar dari jamaah atau melanggar kesepakatan jamaah kerana nafsu peribadi. Seperti gila pangkat, ingin menang sendiri, kerana kesombongan dan lainnya.”

Mereka berhujah kerana jamaah lemah dalam beberapa aspek seperti tarbiyah. Mereka juga berhujah jamaah salah menentukan beberapa strategi dan mereka berpendapat sebaliknya. Walhal ustaz Mustafa menyebut: “Meskipun berlaku perselisihan di dalam beberapa sudut pandangan, mereka harus tetap beriltizam dengan undang-undang dan aturan-aturan yang dapat menghindari perpecahan”.

Malah ustaz telah memberikan kita panduan: “Bersepakat atas sesuatu yang kurang baik, jauh lebih baik berbanding dengan bersengketa di atas sesuatu yang baik, sebab di bawah naungan jamaah kita akan dapat beralih dari yang baik kepada yang lebih baik”

Kita sudah maklumi bahawa jamaah yang berhimpun di bawah redha Allah swt akan sentiasa di pelihara dari melakukan kesilapan yang memesongkan.

v) Tidak memenuhi Arkan Ba’iah

Rukun baiah adalah untuk dipatuhi bagi mereka yang menelusuri jalan dakwah ini sepertimana yang telah ditetapkan oleh as Syahid Hasan Al Banna. Salah satu rukun baiah tersebut ialah TAAT. Apa yang berlaku kini jelas bahawa golongan kutlah ini tidak memenuhi apa yang telah dibai’atkan dan ustaaz Mustafa berkata: “seseorang yang tidak memenuhi seluruh rukun baiah ini di anggap kurang sempurna.”

Ustaz Mustafa menyambung: “dengan tidak dipenuhi salah satu sahaja dari sepuluh rukun bai’at tersebut, merupakan penyimpangan dari khithah semula dan akan menyeret individu dan jamaah kepada malapetaka dan bencana.”

Ketaatan ini diberikan penekanan oleh ustaz apabila beliau menyebut: “Jamaah tidak dibenarkan memaksa seseorang dari bergabung ke dalam safnya, tetapi bagi mereka yang telah bergabung dengan kerelaan, WAJIB dia beriltizam dengan syarat-syarat dan ketetapan jamaah.”

Padahal bai’at kita adalah bai’at kepada Allah swt:

Firman Allah:

Sesungguhnya orang-orang yang memberi bai’at kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan bai’at kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan bai’at itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan bai’atnya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar. (Al fath : 10)

Kesimpulan

Apa yang telah berlaku kini bukanlah satu yang baru di dalam dakwah. Mereka telah menelusuri jalan dakwah ini bersama-sama dengan kita dan kita sentiasa berdoa aga Allah swt mengembalikan mereka kelandasan tanzim yang benar.

090909

Tuesday, September 8, 2009

Dosa lidah terhadap saudara kita...



Assalamualaikum

Di antara dosa lidah ialah mereka yang mengumpat dan mengadu domba. Firman Allah swt

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al Hujurat: 12)

Di dalam ayat ini disebut tiga jenis dosa:

1. Dosa prasangka (bersangka buruk)
2. Mengintip dan mencari keaiban orang
3. Mengumpat

Mengumpat ialah menyatakan sesuatu yang tidak suka di dengar oleh orang yang di sebut dan perkara tersebut benar. Kalau tidak benar maka itu adalah fitnah.

Mengadu domba (namimah)

Hadis rasullulah saw: Sesiapa yng melakukan namimah (mengadu domba) tidak akan masuk syurga dengan kumpulan pertama." (Bukhari) (yakni muslim yang mati tanpa bertaubat akan di siksa di neraka sebelum dimasukkan ke syurga.)

Mengadu domba adalah perbuatan melagakan di antara dua orang yang lain dengan berita benar atau tidak benar.

di harap kita dpat mengambil sedikit iktibar

wallahualam
__________________