Thursday, October 22, 2009

Syukur aku padaMu



Seorang lelaki muda berteleku,
mengangkat tangannya kelangit,
Menangis...
seraya dia menjerit

Ya Tuhan

Kenapa Kau ambil nyawa ibu?
Kenapa Kau zalimi Kau ambil nyawa ayahku?
Kenapa Kau hinakan aku dan jadikan aku seorang yang miskin?
Kenapa Kau alpa dan tidak memberikan aku kesenangan?
kenapa Kau kejam dan dilahirkan dalam kelaparan?
Kenapa Tuhan...
Kenapa???

Tiba-tiba,
seorang lelaki tua yang kudung tangannya,
kudung kakinya
mengesot-ngesot di sisi lelaki tadi,
memandangnya sepi,
seraya berdoa:

ya Tuhan

Kau ambil kaki dan tanganku
Kau ambil ibu dan bapaku,
kau ambil kekayaan dalam diriku,

tapi aku punya cukup udara untuk bernafas,
masih cukup ruang untuk bergerak,
masih ada kudrat untuk bekerja mencari rezeki,
masih ada mata untuk melihat,
ada telinga untuk mendengar,
ada kasih sayang dari orang sekelilingku...

Aku masih punya masa untuk bertaubat,
masih punya jantung yang mengepam darah ke seluruh badanku
masih punya akal untuk berfirkir
Masih punya lidah untuk meraza kelazatan makanan,
masih punya masa hadapan untuk aku mengubah apa yang hendak aku ubahkan...

Dulu aku engkar dan kufur akan nikmatmu,
kini aku sedar, bahawa hidup hanya sementara
semua kekurangan ini adalah satu anugerah
untuk aku bersyukur dan bersabar
dan setiap saat aku bersyukur dan bersabar atas kekuranganku
setiap saat itu aku mendekatkan diriku kepadaMu.


Ini kerana ketaqwaan yang sebenar
ialah sabar ketika susah
dan bersyukur ketika senang...

Lelaki muda itu memandang lelaki itu
malu...

wallahualam
tj

Tuesday, October 20, 2009

Aku dan seorang Atheist...




Alam dan Manusia

Manusia ini di beri oleh Allah pilihan di dalam hidup untuk mempercayai atau tidak kepada kewujudanNya. Oleh kerana asas kepada keimanan (kepercayaan) ialah PERCAYA dan YAKIN, maka Allah hanya dapat di ketahui kewujudanNya melalui perkhabaran nabi-nabi dan juga dari alam semesta. Wujud alam wujud pencipta.

Kalau kita berjalan di tepi pantai dan tiba-tiba kita ternampak sebiji handfon, kita tidak tiba-tiba berkata "wah, hasil beribu tahun ombak, angin dan cuaca sejuk panas serta gabungan angin dan siika (pasir) telah menghasilkan handfon dan cip di dalamnya." Sebaliknya kita akan berkata, ada manusia yang menciptakan alat ini.

Kita ambil alam yang serba kompleks ini. Kita ambil diri kita sendiri. kita tengok darah, tangan, muka, kaki, jasad, roh pemikiran. Mustahil sesuatu yang sebegini sempurna (kita) tidak ada penciptanya. Mustahil ia terjadi sendiri secara "kebetulan". Untuk dna kita terjadi sendiri di mana asid amino tiba-tiba boleh terbentuk sendiri dan mempunyai fungsi sendiri mempunyai kebarangkalian yang terlalu kecil. (baca komentar 2 saintis yang telah menempa carta DNA manusia dan memenangi nobel price).

Manusia dan hari akhirat

Seorang lelaki berbangsa british dahulunya seorang athiest dan kini telah memeluk agama Islam. Dia ditanya oleh seorang wartawa yang juga athiest (true story. Saya lihat di BBC news)

Wartawan: Now you have converted to Islam

Lelaki: Yes.

Wartawan: You believe in God. And you have to forgo some of the "good" things about life like drinking alcohol, going to pubs, enjoying your life. What IF let say you die and there is NO God... Don't you think you'll regret all these religion thingy?

Lelaki: You are right to some point and wrong to some of it.

wartawan: How is that?

Lelaki: IF let say I were to die and were no God, no paradise no hell.. I think, in my believe, I will not regret anything because at that time I will only be food for the worms. I will die, my brain will shut down and I will not even remember the things that I have done in this world, or the thing that I might have missed and not "enjoyed" or the fun that I might have not felt.

BUT, let me ask you... WHAT IF THERE WERE GOD? There were heaven and Hell? What would you do at that time. You die as an athiest and you found out THERE IS GOD and HEREAFTER... God said in the Quran there are people who then died and saw that hereafter is real and asked God to send them back to their lifes even for just a second so they can repent and live a life as a true Muslim. But it was too late as the message of Islam has been sent and given to them and yet they rejected it. What would you do then?

As Allah said in the holy Quran:

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia:“Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. (tj: sebab dia sudah nampak kebenaran alam kubur itu)

Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

( Al Mukminun: 99 - 100)

So, If I believe I will not lose anything because if there is no God, I will not remember anything anyway and If there is God, then I am saved. What about you? Are you willing to gamble your life for something that might have a chance to be there?

TJ: Think....

Wallahualam
tj

Wednesday, October 7, 2009

Lelaki, anaknya dan Bakul Raga



Kisah ini saya baca pada sekolah rendah dahulu. Seorang lelaki miskin dan anaknya serta ayahnya yang sudah terlalu uzur tinggal disebuah rumah usang. Suatu hari, si ayah sudah tidak mampu menanggung ayah yang sudah uzur kemudan membuat raga. Apabila ditanya oleh anaknya apa yang dia lakukan, dia berkata:

“Ayah nak membuat raga nie untuk memikul atuk dan meletakkan di tepi hutan. Ayah dah tidak mampu lagi menjaganya. Biarlah hutan tersebut menentukan hidup dan matinya.”

Setelah siap raga tersebut, ayahnya pun meletakkan datuk yang tua tadi ke dalam raga dan bersedia hendak ke hutan. Sebaik sahaja dia mengangkat raga dan bersedia untuk pergi, anaknya yang masih kecil tersebut berkata:

“ayah, jangan lupa bawa raga tu balik nanti.” Ayahnya pelik dan bertanya:

“Kenapa?”

“Yelah, nanti, kalau ayah dah tua, dan saya nak pakai raga nak letak ayah tepi hutan, tak payahlah saya buat raga baru”

Ayahnya terdiam….

MORAL OF THE STORY: “anak-anak” kita belajar dan mengamalkan apa yang dia lihat dari “ayah-ayah” mereka. Kalau kita minta ketaatan dari mereka, tidak pelik suatu hari nanti mereka berkata: “Kenapa aku perlu taat kepada kau, sedangkan kau dahulunya tidak taat kepada pimpinanmu”

just some points to ponder.

Monday, October 5, 2009

10 UNSUR TETAP DAKWAH IKHWANUL MUSLIMIN.

1. Nama jamaah sebagai fikrah, sejarah dan lambang kesetiaan.
2. Amal jamaie ialah wasilah kita.
3. Tarbiyah dan menjauhi kekerasan adalah jalan kita.
4. Usrah adalah tunggak tarbiyah kita.
5. Risalah Taalim, Sepuluh Rukun khususnya Usul 20 dan Risalah Aqai merupakan asas dan sumber pelajaran kita.
6. Syumul dan umum ialah asas pandangan dan fahaman kita yang menyeluruh.
7. Syura yang mulzim pemutus perselihan antara kita.
8. Menghormati sistem dan peraturan ialah akhlak baiah kita.
9. Pilihan fiqhiah ialah haq jamaah menentukannya.
10. ALLAH ialah matlamat dalam semua unsur tetap dan berubah,dalam setiap perkataan dan perbuatan kita.